Seperti yang diketahui, Allah swt telah menyediakan banyak rezeki untuk manusia di muka bumi ini. Setiap di antara kita mempuyai ujian yang berbeza-beza dalam mendapatkan rezeki itu.
Untuk mendapatkan rezeki tersebut, kita perlu berusaha dengan gigih selain bersabar dan bertawakal kepada Allah swt. Ini kerana sebaik-baik rezeki adalah daripada hasil usaha kita sendiri.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Tidaklah seorang diantara kamu makan suatu makanan lebih baik daripada memakan hasil keringatnya sendiri."
[Hadis riwayat Baihaqi]
Dalam hadis lain Nabi bersabda: "Tiada makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri."
[Hadis riwayat Bukhari]
Oleh yang sedemikian, janganlah kita jemu berusaha kerana seorang Muslim yang berjaya akan terus berusaha dan tabah menghadapi ujian selain bersyukur kepada Allah swt dengan setiap rezeki yang diberikan.
Friday, September 11, 2009
Pedoman Hidup

"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
[Surah Al-Asr ayat : 1 - 3 ]

" Hati manusia itu akan berkarat seperti besi yang dirosakkan air, untuk menyinarkan semula banyakkan ingat maut & membaca Al-Quran."
[ Riwayat Abdullah ibn Umar -
Hadis Nabi S.A. W ]
Monday, September 7, 2009
Pembukaan Tirai 'Blogging'
Salam pada semua,
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
Semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dlm hidup dan semoga ia lebih bermakna kali ini….
Akhir-akhir Ramadhan bakal menjelang tiba.............
Jangan lupa zakat fitrah, jangan lupa silahturahim dengan orangtua, keluarga dan sahabat, jangan lupa bahawa semua nikmat yang kita dapatkan adalah hadiah dari Allah, jangan lupa berbagi kebahagiaan dengan yang membutuhkan, jangan lupa bersyukur kita masih diberikan kesempatan bertemu bulan mulia Ramadhan, jangan lupa menjaga amalan dan dekat kan lah diri ini dengan Allah swt. Amiinnnn....Insyaallah
Mari mengucap Alhamdulillah, Allahu akbaru, Laa ilaa ha ilallaah
Taqabalallahu minna wa minkum.
Ikhlas dr Yasmin

Subscribe to:
Posts (Atom)