Friday, September 11, 2009

Unsur-Unsur Islam - Arus Kehidupan

Seperti yang diketahui, Allah swt telah menyediakan banyak rezeki untuk manusia di muka bumi ini. Setiap di antara kita mempuyai ujian yang berbeza-beza dalam mendapatkan rezeki itu.

Untuk mendapatkan rezeki tersebut, kita perlu berusaha dengan gigih selain bersabar dan bertawakal kepada Allah swt. Ini kerana sebaik-baik rezeki adalah daripada hasil usaha kita sendiri.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Tidaklah seorang diantara kamu makan suatu makanan lebih baik daripada memakan hasil keringatnya sendiri."
[Hadis riwayat Baihaqi]

Dalam hadis lain Nabi bersabda: "Tiada makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri."
[Hadis riwayat Bukhari]

Oleh yang sedemikian, janganlah kita jemu berusaha kerana seorang Muslim yang berjaya akan terus berusaha dan tabah menghadapi ujian selain bersyukur kepada Allah swt dengan setiap rezeki yang diberikan.

No comments:

Post a Comment